Jump to content

Mesyuarat Penyetempatan/Komuniti Bahasa dan Produk Wikimedia

From mediawiki.org
This page is a translated version of the page Wikimedia Language and Product Localization/Community meetings and the translation is 93% complete.
Outdated translations are marked like this.

Pertemuan komuniti bahasa menghimpunkan editor dan penyumbang teknikal yang terlibat dalam mencipta kandungan atau mengurus aspek teknikal merentas komuniti bahasa yang berbeza. Ini ialah mesyuarat yang didorongi oleh peserta, di mana kami secara kolektif membincangkan kemas kini teknikal dan cabaran yang khusus mengenai bahasa dan bekerjasama untuk mencari penyelesaian yang sebaik mungkin. Ini boleh melibatkan apa-apa sahaja daripada membetulkan templat yang rosak pada wiki Kurdish kepada sumbang saran idea untuk mengembangkan kandungan di Tulu Wiktionary, kini dalam Inkubator Wikimedia, atau meraikan penciptaan Fon Wikipedia, kepada menggunakan MinT untuk menterjemahkan kandungan.

Matlamat kami adalah untuk menggalakkan kerjasama dalam kalangan individu dan komuniti yang berminat dalam topik teknikal berkaitan bahasa. Perhimpunan suku tahunan ini diketuai oleh pasukan Bahasa . Starting in November 2024, these meetings will be conducted in collaboration with the Wikimedia Language Diversity Hub. If you need interpretation support from English to another language, please let us know by posting on the talk page.

Struktur mensyuarat adalah seperti yang berikut:

  • Sambutan kedatangan dan Pengenalan – Salam dan gambaran keseluruhan agenda.
  • Sorotan & Kemas Kini Teknikal – Peserta secara sukarela memberikan kemas kini teknikal beberapa hari sebelum mesyuarat.
  • Penyelesaian masalah – Peserta menyerahkan cabaran teknikal mereka beberapa hari sebelum mesyuarat dan sumbang saran penyelesaian yang boleh dipraktikkan dengan peserta lain semasa sesi berjalan.
  • Pergaulan dan Soal dan jaw – Peserta boleh bertanya soalan dan bergaul dengan peserta yang lain yang berkongsi minat yang sama.
  • Penutupan – Ringkasan dan butiran mengenai mesyuarat seterusnya.

Daftar di sini untuk menghadiri

Daftar di sini untuk menghadiri

Daftar di sini untuk menghadiri

Daftar di sini untuk menghadiri