Muat turun

From mediawiki.org
This page is a translated version of the page Download and the translation is 100% complete.

Keluaran terkini

Muat turun MediaWiki 1.41.1 (.zip)

Muat turun .tar.gz sebaliknya

Bantuan mengenai muat turun

Kebanyakkan komputer boleh mengekstrak fail zip tanpa perisian tambahan.

Pengguna 7-Zip: Ambil perhatian bahawa sebelum 2021, 7-Zip tidak berupaya mengekstrak fail .tar.gz dengan jayanya (T257102). Disarankan agar mengemaskini kepada versi terkini dahulu.

Pengguna macOS: Ambil perhatian bahawa The Unarchiver tidak berupaya untuk mengekstrak fail .tar.gz dengan jayanya (T258716). Archive Utility boleh digunakan sebaliknya.

Semua versi

Untuk pengguna MediaWiki versi 1.38 dan terdahulu: Versi tersebut tidak lagi disokong. Sila kemaskini kepada versi terkini MediaWiki.

Lesen

MediaWiki ialah aplikasi bebas yang dilesenkan di bawah Lesen Awam Am GNU versi 2 (atau versi kehadapan). Disebabkan penggunaan MediaWiki adalah bebas dan percuma, tiada waranti, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang berkaitan. Sila baca teks penuh GPL GNU versi 2 untuk perincian.

Keperluan sistem

MediaWiki memerlukan PHP 7.4.3+, aplikasi web pelayan, dan pilihan MariaDB 10.3.0+, MySQL 5.7.0+, SQLite 3.8.0+ atau PostgreSQL 10.0+. Penggunaan MariaDB atau MySQL adalah digalakkan kerana Wikipedia menggunakan MariaDB. Pelayan pangkalan data yang lain tidak diuji secukupnya dan anda berkemungkinan menemui beberapa pepijat.

Untuk maklumat lanjut, sila baca laman keperluan sistem dan kesesuaian.

MediaWiki tidak sesuai dengan PHP 7.4.0 - 7.4.2 kerana masalah pepijat huluan. Gunakan PHP 7.4.3+ sebaliknya. Lihat task T246594 untuk maklumat lanjut.
Jika menggunakan PHP 8, disarankan agar menggunakan MediaWiki versi 1.38.4 atau kehadapan. PHP 8 tidak digunakan dalam wiki Wikimedia, oleh itu ianya tidak diuji secukupnya, namun terdapat kumpulan yang menggunakan MediaWiki dengan PHP 8 tanpa masalah. Jika anda berdepan dengan masalah pepijat semasa menggunakan MediaWiki dengan PHP 8, sila laporkan. Lihat task T248925 untuk maklumat lanjut.

Muat turun melalui garis perintah

Untuk memuat turun MediaWiki 1.41.1 dalam terminal pada mesin Linux menggunakan wget, gunakan salah satu daripada arahan berikut

wget https://releases.wikimedia.org/mediawiki/1.41/mediawiki-1.41.1.tar.gz

Sebagai alternatif, gunakan cURL:

curl -O https://releases.wikimedia.org/mediawiki/1.41/mediawiki-1.41.1.tar.gz

Muat turun melalui Git (untuk pembangun)

Pembangun aktif MediaWiki sebaiknya melakukan muat turun dari Git bagi mendapatkan versi terkini aplikasi MediaWiki. Repositori Git memiliki aplikasi dalam versi terdahulu, membolehkan penukaran kepada keluaran tertentu ("melakukan tinjauan") boleh dilakukan. Pembangun yang memuat turun dari Git juga perlu memasang kebergantungan secara manual melalui Composer .

Perlu diingatkan bahawa anda sedang memuat turun versi alpha terkini aplikasi MediaWiki, yang tidak disyorkan untuk penggunaan umum. Walaupun tidak mustahil digunakan secara umum, namun ianya berkemungkinan terdapat pepijat.

Pembangun yang ingin memasang MediaWiki secara kendiri bagi mewujudkan persekitaran untuk membangunkan teras MediaWiki atau sambungan harus juga membaca How to become a MediaWiki hacker untuk arahan selanjutnya.

Muat turun tandatangan

Pemasangan manual secara alternatif

Sesetengah pengguna mungkin lebih suka melangkau pemasangan manual dengan menggunakan perkakasan perisian MediaWiki atau perkhidmatan pengehosan yang telah diintegrasikan. Repositori beberapa edaran Linux juga semakin banyak menawarkan pakej untuk MediaWiki, dengan darjah kekerapan dan liputan sambungan yang berbeza (cth. Debian, Ubuntu, Fedora, Gentoo)

Kemudian apa?

Langgani pengumuman keluaran kami melalui penghantaran emel. Ikuti perkembangan keluaran terkini, dan pastikan pelayan anda selamat!

Keluaran legasi

Jika pemasangan MediaWiki anda telah banyak dimodifikasi, mungkin sukar untuk menggunakan perubahan/pemutakhiran rasmi terkini MediaWiki. Untuk menyokong pengguna seperti ini, kami menyimpan cabang kod lama kami hingga setahun terakhir untuk keluaran legasi dan sehingga tiga tahun untuk keluaran legasi dengan sokongan jangka panjang.

Keluaran pembangunan

Jika anda ingin menggunakan keluaran pembangunan terkini (seperti alpha), anda boleh muat turun sebagai mediawiki-master.tar.gz, atau muat turun dari Git.

Dari Git anda dapat muat turun repositori lengkap (sekitar 528 MiB)

git clone https://gerrit.wikimedia.org/r/mediawiki/core.git

atau hanya semakan terkini (sekitar 85 MiB; ini sering disebut sebagai shallow clone: kurang masa dan saiz muat turun).[1]

git clone --depth 1 https://gerrit.wikimedia.org/r/mediawiki/core.git

Anda juga boleh melihat kod sumber terkini dalam pelayar web anda.

Keluaran lama

Anda boleh mencari arkib tarball (dengan pengakhiran *.tar.gz) MediaWiki versi lama dalam arkib muat turun MediaWiki.

Nota kaki

  1. Ini bakal memberikan masalah berkaitan rujukan apabila anda menggunakan fungsi get pull di kemudian hari bagi melakukan naik taraf ke atas shallow clone dan semakan terbaru pula merujuk kepada semakan terdahulu yang belum dimuat turun ke dalam sistem anda. Dalam kes ini, anda hanya perlu muat turun menurut - kedalaman nilai depth - atau kesemua semakan, atau melakukan shallow clone yang baru.