Cara Menyumbang

From mediawiki.org
This page is a translated version of the page How to contribute and the translation is 100% complete.


Kandungan dari semua projek Wikimedia dikeluarkan di bawah lesen bebas. Tulislah kod untuk mengakses, mengadun kembali dan mengembangkan himpunan pengetahuan bebas ini. Ikuti panduan untuk bermula dengan API yang tersedia pada semua wiki MediaWiki, dan API lain untuk kandungan dan Wikidata. Sumber data terbuka yang lain termasuk longgokan XML dan SQL, juga tersedia
Semua kod kami adalah percuma dan bersumber terbuka. Pilih satu projek, sediakan tampalan, dan siapkan tugasan!

Projek-projek Wikimedia menggunakan pelbagai bahasa seperti PHP dan JavaScript dalam MediaWiki dan penyambungnya, Lua (dalam Templat), CSS/LESS (dalam rupa dll), Objective-C, Swing dan Java (dalam Aplikasi Mudah Alih dan Kiwix), Python (dalam Pywikibot), C++ (dalam Huggle), atau C# (dalam AWB). Cipta bot untuk memproses kandungan dan simpan alatan anda di Toolforge. Bina padaaplikasi bimbit atau aplikasi komputer. Atau bantu Kejuruteraan Keandalan Tapak memelihara tetapan pelayan.

Pelajari lebih lanjut hanya dengan New Developers/Introduction to the Wikimedia Technical Ecosystem .
Mencuba
Bantu dalam memperbaiki kualiti projek kami menerusi pengujian Pelayar automatik, pengujian PHPUnit dan Integrasi Berterusan. Laporkan pepijat pertama anda atau bantu dengan laporan pepijat yang sedia ada.
Sebagai Duta Teknologi, bantu ahli Wikimedi yang lain dengan isu teknikal, sampaikan Berita Teknologi untuk memaklumkan pengguna mengenai perkara yang akan memberi impak kepada mereka, dan sertai kumpulan duta dan senarai surat-menyurat untuk bertindak sebagai penghubung di antara pembangun dan wiki tempatan anda.
Penulis berbahasa Melayu boleh memperbaiki dokumen MediaWiki, laman-laman sokongan yang penting yang lain, malah, apa sahaja laman dalam laman web ini.
Jika anda fasih berbahasa selain dari bahasa Melayu anda boleh menyertai dalam usaha menterjemahkan laman web ini dan perisian MediaWiki.
Bantu pengguna dan pembangun mencari jawapan di meja sokongan atau or the komunikasi MediaWiki dan saluran media sosial.
Bantu dalam mengaplikasikan prinsip reka bentuk Wikimedia dalam projek mencari maklum balas UX.
Berjumpa dengan ahli komuniti yang lain secara dalam talian atau bersemuka.
Langkah-langkah dan panduan menggunakan teknologi MediaWiki dan Wikimedia

Lagi maklumat berguna

Komunikasi

  • Terdapat beberapa cara anda boleh berhubung dengan komuniti Wikimedia.
  • Anda juga boleh mengikuti dan menyebarkan berita Wikimedia di jejaring sosial.
  • Anda juga boleh melanggan Berita Teknologi untuk menerima ringkasan mingguan pada laman perbincangan pengguna anda mengenai sebarang perubahan perisian, tanpa jargon teknikal.

Menyunting dan berbincang di MediaWiki

Jika anda tidak pernah menggunakan MediaWiki sebelum ini: