Perbezaan di antara Wikipedia, Wikimedia, MediaWiki, dan wiki

From mediawiki.org
This page is a translated version of the page Differences between Wikipedia, Wikimedia, MediaWiki, and wiki and the translation is 100% complete.
Lihat juga: Manual:FAQ#How do I install an existing wiki, like Wikipedia or Wiktionary?
Masih sesat? Lihat peta Dunia Wikipedia.

Keliru dengan perbezaan di antara MediaWiki, Wikimedia, Wikipedia dan wiki?

Wiki

Perkataan "wiki", /ˈwɪki/ atau WIK-ee, ialah perkataan pinjaman dari Hawaii yang bermakna "cepat".

wiki ialah salah satu jenis laman web di mana kandungannya boleh disunting menggunakan pelayar web, dan sejarah suntingan disimpan bagi setiap laman yang boleh disunting. Laman wiki selalunya, namun bukan setiap masa, boleh disunting oleh mana-mana pengunjung laman itu.

  • wiki (sebagai kata sifat) "cara wiki", dan juga antonim un-wiki juga digunakan bagi menggambarkan falsafah yang berorientasikan komuniti yang dibawa bersama dengan sistem itu (contoh: "itu bukanlah cara wiki untuk melakukan perbuatan itu").
  • Wiki (dengan huruf besar 'W') merupakan terma yang tidak betul, walaupun kadang kala ia digunakan bagi merujuk kepada Wikipedia atau Portland Pattern Repository (juga dikenali sebagai WikiWikiWeb), yang merupakan wiki pertama diciptakan.
  • wiki software (aplikasi wiki) dan wiki engine (enjin wiki) adalah terma yang merujuk kepada perisian yang menjana laman web berasaskan wiki. Terdapat banyak jenis aplikasi wiki; ada di antaranya merupakan aplikasi yang ringkas, manakala yang lain terdapat ciri-ciri yang lebih kompleks.

Lihat juga: Entri aplikasi wiki di Wikipedia.

Untuk maklumat yang lebih lengkap, sila lihat Entri Wikipedia tentang "wiki".

Wikimedia

Wikimedia ialah nama kolektif bagi gerakan Wikimedia, yang berkisarkan kepada sekelompok projek berkaitan, termasuklah Wikipedia, Wiktionary, Wikiquote dan lain-lain, dengan tujuan menggunakan daya kolaboratif internet, dan konsep wiki, bagi mencipta dan berkongsi pengetahuan bebas terhadap apa-apa sahaja.

  • Terma pelayan Wikimedia selalunya digunakan bagi merujuk kepada perkakasan komputer yang menyimpan data mengenai kesemua projek Wikimedia.
  • Yayasan Wikimedia ialah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berpangkalan di San Francisco, menjalankan projek-projek Wikimedia dan aplikasi MediaWiki. Wikimedia Deutschland, Wikimedia Russia dan lain-lain adalah nama-nama yang berdasarkan kepada cabang Wikimedia yang terdiri daripada penggiat-penggiat yang menyertai projek Wikimedia. Mereka tidak terikat dengan Yayasan Wikimedia dan juga projek Wikimedia.

Wikimedia, bergantung kepada konteks dan penggunaan tempatan, sering dipendekkan secara salah yang merujuk kepada projek Wikimedia, atau cabang, atau Yayasan Wikimedia (juga boleh terjadi dalam wiki ini). Wikimedia Meta-Wiki, biasa dirujuk sebagai Meta, ialah wiki yang digunakan untuk membincangkan masalah yang melanda kesemua projek Wikimedia. Lihat juga: Tentang Meta.

Wikipedia

Wikipedia ialah ensiklopedia internet di bawah projek Wikimedia berskala global, percuma dan berbilang bahasa. Ia merupakan projek tertua dan terbesar Wikimedia, dibangunkan pada tahun 2001 lebih awal berbanding Yayasan Wikimedia itu sendiri, yang diasaskan pada tahun 2003. Wikipedia selalu disebut sebagai wiki, tetapi sebenarnya ia merujuk kepada koleksi lebih 200 wiki, satu untuk setiap bahasa, kesemuanya dijalankan menerusi aplikasi MediaWiki.

MediaWiki

MediaWiki ialah aplikasi enjin wiki yang dibangunkan dan digunakan oleh Wikipedia dan projek Wikimedia yang lain. MediaWiki tersedia secara percuma untuk digunakan (dan dinaiktaraf), dan ianya digunakan oleh pelbagai projek dan organisasi di seluruh dunia.

Laman ini, mediawiki.org, bertujuan untuk memaparkan maklumat mengenai MediaWiki dan aplikasi berkaitan.

Lihat juga


Video