XTools/Pilihan untuk statistik terhad
Beberapa statistik mungkin dianggap rahsia bagi sesetengah pengguna, seperti bilangan masa dalam sehari atau setahun suntingan yang paling banyak dilakukan atau halaman yang paling banyak disumbang.
Alatan yang terbabit adalah seperti berikut:
- Edit Counter (Bilangan suntingan) :
- Monthly counts bar chart (Carta bar jumlah bulanan)
- Timecard punch chart (Carta kad waktu)
- Top Edits (Suntingan terbanyak) :
- Top edits per namespace (Suntingan terbanyak mengikut ruang nama)
Walaupun data bagi statistik ini tersedia melalui API MediaWiki, pengguna diwajibkan membuat pilihan masuk bagi membolehkan borang agregat disediakan di XTools.[1] Sebagai alternatif, keseluruhan projek boleh dipilih masuk dengan memfailkan [permohonan https://phabricator.wikimedia.org/maniphest/task/edit/form/1/?title=Request+to+add+wiki+to+restricted+statistics+allow+list&projects=XTools&description=Wiki: di Phabricator]. Wiki anda sepatutnya telah mengadakan perbincangan mengenai persetujuan membenarkan statistik ini ditunjukkan.
Bagaimana untuk memilih masuk
Untuk memilih masuk, pengguna perlu mencipta halaman Special:MyPage/EditCounterOptIn.js (sebagaimana User:<username>/EditCounterOptIn.js
) dalam setiap wiki yang mereka pilih.
Halaman ini boleh dicipta dengan memasukkan isi kandungan apa-apa sahaja (asalkan terdapat beberapa kata isi).
Untuk memilih masuk kesemua projek, mereka perlu mencipta meta:Special:MyPage/EditCounterGlobalOptIn.js (sebagaimana dalam User:<username>/EditCounterGlobalOptIn.js
) di MetaWiki.
Sekali lagi, kandungan sebenar halaman ini tidak relevan.
Bagaimana untuk memilih keluar
Untuk memilih keluar, halaman pengguna yang berkaitan (wiki tunggal atau global; lihat di atas) perlu dikosongkan atau dihapuskan.