Hackathon Wikimedia 2024
Hackathon Wikimedia ialah perayaan teknologi tahunan kami! Ia merupakan acara penyatuan utama di mana komuniti teknologi global berkumpul bagi berhubung, menggodam, terlibat dalam perbincangan teknikal dan mencari ilham dan bertukar-tukar pandangan hebat. Pembangun dari seluruh dunia bersatu dalam mempertingkatkan tulang belakang teknologi yang mencetuskan dan memperkasakan projek-projek Wikimedia, termasuklah MediaWiki dan pelbagai bidang pembangunan kod Wikimedia yang lain.
Tema edisi kali ini selaras dengan tema tahun lepas, iaitu menekankan keberadaan individu-individu yang memiliki rekod prestasi dalam menyumbang aspek teknikal projek-projek Wikimedia. Kami mencari mereka yang berpengalaman dalam selok-belok ekosistem teknikal dan mahir dalam bekerja secara berdikari dan berkolaborsai secara aktif dalam sesuatu projek.
Tandai kalendar Anda untuk Wikimedia Hackathon mendatang yang dijadwalkan pada 3 – 5 Mei 2024, di bandar menawan Tallinn, Estonia dengan sokongan dari Wikimedia Eesti (WMEE) – cabang tempatan rasmi dari Wikimedia Foundation di Estonia. Walaupun kebanyakkan acara kami akan berlangsung di sana, beberapa bahagian program akan disiarkan secara dalam talian, bagi meliputi akses tontonan yang lebih meluas. Dalam beberapa bulan mendatang, laman ini akan menjadi sumber maklumat anda untuk butiran terperinci mengenai prosedur kedatangan, venue spesifik, cadangan perjalanan, pilihan penginapan, dan peluang biasiswa. Terus bersama!
Jika anda mempunyai maklumat atau cadangan berharga, sila berhubung dengan kami melalui emel di hackathonwikimedia.org atau laman perbincangan. Kami mengalu-alukan komen anda!
Garis masa
- Pengumuman tarikh Hackathon dan lokasi: ✅
- Pendaftaran dan permohonan biasiswa dibuka: ✅
- Permohonan biasiswa ditutup: ✅
- Keputusan permohonan biasiswa: ✅
- Butiran lokasi dikemaskini: Januari 2024 ✅
- Butiran program: Mac 2024 ✅
- Let's Hack!!: May 3rd - 5th 2024 ✅
- 2024 Wikimedia Hackathon & Post Event Survey Summary ✅
Dasar privasi
Anda boleh membaca kemaskini terkini dasar privasi mengenai tinjauan maklumbalas untuk acara tahun ini.