Jump to content

Keahlian WMF di Konsortium Unikod

From mediawiki.org
This page is a translated version of the page WMF membership with Unicode Consortium and the translation is 100% complete.

Yayasan Wikimedia telah menjadi salah satu daripada 30+ ahli pertubuhan Konsortium Unikod. Keahlian ini adalah bagi tempoh setahun. Ia membenarkan kami untuk lebih sedar dan faham mengenai sokongan bahasa dan tulisan yang begitu relevan dengan projek serta alatan kita. Melalui hubungan ini, kami juga akan dapat menjadi suara penghubung antara gerakan kita dan Konsortium.

Mengenai Konsortium Unikod

Konsortium Unikod ialah pertubuhan tak beruntung yang diasaskan pada tahun 1991, khusus bagi membangun dan mengawal selia piawaian pengekodan aksara sejagat dan bersumber terbuka. Kerja mereka melangkaui pengekodan aksara bagi menyertakan sifat, algoritma, bahasa dan data aksara bagi pengantarabangsaan, dan pustaka perisian bagi menyokong piawaian ini. Kerja-kerja yang dinyatakan dilaksanakan oleh syarikat, institusi kerajaan, penyelidikan dan pendidikan, kumpulan dan persatuan industri, serta individu yang mendahului usaha pengantarabangsaan, fon, pemaparan dan segala aspek pemprosesan teks. Yayasan Wikimedia belum pernah memegang keahlian di Konsortium sehingga kini, tetapi telah menyertai beberapa projek, forum bicara dan persidangan Unikod dahulu.

Manfaat keahlian kami

Selaku ahli peringkat sekutu, kami berharap dapat mewujudkan lebih banyak perhubungan bersama Konsortium dan mewakili keperluan Wikimedia dengan jelas dan terancang. Bagi tahun berikut, kami berniat untuk melakukan perkara-perkara berikut:

  • Membela isu sokongan bahasa yang penting untuk kerja-kerja dan bahasa kita
  • Menyertai perbincangan Unikod yang relevan
  • Mengambil maklum akan perubahan yang akan datang dalam projek-projek Unikod
  • Menyumbang kepada perbincangan tentang pengekodan aksara dan sokongan bahasa

Kumpulan penyelarasan

Dalam jabatan Produk dan Teknologi Yayasan Wikimedia, kami telah mengasaskan pasukan kerja awal yang terdiri daripada kakitangan kami untuk memulakan proses penyelarasan. Mereka merupakan individu yang telah bekerja dalam projek Unikod, berpengalaman dalam bidang pengantarabangsaan dan telah pun sedia maklum berkenaan topik sokongan bahasa yang telah dikemukakan oleh masyarakat selama ini.

Seterusnya, kumpulan ini akan memulakan ruang perbincangan bagi meraih pendapat dan pengalaman masyarakat berkaitan isu bahasa dalam projek Wikimedia yang secara terus terhubung kait dengan piawai atau projek Unikod. Untuk itu, kami dengan sukacitanya ingin menjemput semua untuk berhubung dengan kami di laman perbincangan ini. Kami akan menyemak isu secara bersama-sama dan, apabila sesuai, membawanya kepada perhatian pihak Konsortium Unikod. Kami juga akan memberi maklum dan dapatan daripada perbincangan bersama Konsortium. Kelak, kami ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang cara-cara untuk menambah baik urusan ini agar lebih banyak suara masyarakat dapat turut serta dalam perbincangan melalui laman ini serta dalam perbincangan sesama Konsortium.

Ahli

Kakitangan WMF yang terlibat dalam kumpulan penyelarasan ini ialah:

Beberapa kakitangan WMF lain yang giat menyokong kumpulan ini semasa perbincangan dan perancangan.

Jangkaan

Walaupun kita teruja dengan peluang ini, kita juga perlu faham bahawa bukan semua isu dijamin akan diselesaikan atau diberikan keutamaan oleh pihak Konsortium. Keahlian kami adalah bagi tempoh setahun, dengan kemungkinan untuk pembaharuan jika terbukti keahlian ini berdampak dan wajar bagi menyokong keperluan masyarakat dan projek kita secara cekap.

Kami berharap keahlian ini dapat dimanfaatkan untuk menambah baik sokongan bahasa dalam produk kami dan bagi mewakili keperluan masyarakat kita dalam ekosistem luas Unikod.