Manual:Memasang MediaWiki
Laman ini merangkumi langkah-langkah untuk memasang MediaWiki secara manual, dengan langkah konfigurasi tambahan tersedia di Manual:Pentadbiran sistem#Konfigurasi.
Pemasangan MediaWiki memerlukan pengalaman asas menggunakan pengehosan web. Ianya akan menjadi mudah jika anda memiliki pengalaman dengan Apache (perisian web pelayan), PHP dan MySQL/MariaDB (pangkalan data). Bantuan tambahan boleh didapati di Project: Support desk.
Bahagian Appendiks di bawah menawarkan pemasangan alternatif selain kaedah manual.
For a quicker local server setup of MediaWiki, refer to the Local development quickstart .
Semak keperluan pemasangan
Sila semak jika sistem anda memenuhi keperluan pemasangan.
Sila pastikan juga untuk menyemak Release notes versi MediaWiki yang anda ingin pasang.
Muat turun aplikasi MediaWiki
Muat turun fail tar MediaWiki dari laman muat turun rasmi.
If you are using MediaWiki in a production environment, the release manager has issued a strong recommendation that only versions listed at Version lifecycle and their end-of-life as the current "stable version", "legacy version" or "long-term support version" should be used in a production environment. Older versions may contain critical security vulnerabilities and other major bugs, including the threat of possible data loss and/or corruption. Secara amnya, jika anda menggunakan persekitaran umum, anda ingin memastikan ianya menggunakan keluaran stabil terkini, iaitu MediaWiki 1.42.4.
Ekstrak aplikasi MediaWiki
Fail yang dimuat turun adalah sama ada dalam format .zip
atau .tar.gz
.
Anda perlu menyahekstrak fail arkib ini sebelum menggunakannya.
Anda boleh menyahmampat fail secara lokal (dan kemudian muat naik melalui FTP ke dalam pelayan) atau secara terus ke dalam pelayan anda.
Untuk Windows, proses nyahmampat biasanya boleh dilakukan dengan menggunakan perisian seperti 7-Zip (percuma), WinZip, WinRAR atau IZArc (percuma).
Untuk Linux dan Mac OS OX, anda boleh menyahmampat fail dengan menggunakan arahan berikut:
tar -xzvf mediawiki-*.tar.gz
chown -R <new_owner_user> <mediawiki_folder>
Maklumat lanjut: Manual:Keselamatan#Kebenaran fail
Muat naik fail ke dalam pelayan web anda
Jika anda belum memuat naik fail dalam pelayan web (atau menyalin, jika perisian pelayan web anda dijalankan setempat melalui localhost
), sila berbuat sekarang.
Muat naik fail ke direktori web pelayan web anda dengan cara:
- menyalin secara langsung folder yang telah dinyahekstrak atau
- menggunakan klien FTP seperti FileZilla (Windows, OSX dan Linux) atau Cyberduck (Windows dan OSX).
- menggunakan perisian yang telah disediakan oleh perkhidmatan pengehosan anda, seperti cPanel File Manager
Jika alatan muat naik anda mempunyai pilihan "change file names to lowercase" (ubah nama fail kepada huruf kecil), anda perlu menyahaktifkannya.
Jika anda menggunakan pelayan web Apache HTTPD, direktori yang betul telah ditentukan melalui fail httpd.conf
yang terdapat dalam direktori DocumentRoot
.
Secara asalnya, sama ada /var/www/
atau <apache-folder>/htdocs
.
Lokasi tepat tetapan pelayan Apache dan fail direktori httpd.conf
bergantung kepada sistem pengendalian anda.
Untuk Debian dan Ubuntu, fail bagi tetapan pelayan Apache dan direktori ialah /etc/apache2/apache2.conf
.
Untuk Red Hat dan Fedora, failnya ialah /etc/httpd/conf/httpd.conf
.
Ubah nama folder yang telah dimuat naik kepada apa sahaja nama yang anda pilih untuk ditampilkan dalam URL.
For example, if you rename the folder to wiki
, the URL will reflect this as example.com/wiki
.
Jika pelayan web anda berjalan sebagai http://localhost
misalnya, menukar nama direktori kepada /w/
bermakna anda akan mengakses wiki anda di http://localhost/w/index.php
.
/wiki/
jika anda ingin melakukan tetapan sebagai URL pendek selepas menjalankan skrip pemasangan.
Penyediaan pangkalan data
Skrip pemasangan MediaWiki akan meminta nama pangkalan data dan nama pengguna pangkalan data, supaya MediaWiki boleh menyimpan kandungan wiki.
Jika anda telah mempunyai pelayan pangkalan data dan tahu kata laluan untuk pengguna "root" (pentadbir), sila langkau ke bahagian #Menjalankan skrip pemasangan di bawah.
Jika anda tidak tahu kata laluan untuk pengguna "root", sebagai contoh jika anda menggunakan pelayan yang dihoskan, anda perlu mencipta pangkalan data baru sebelum menjalankan skrip pemasangan MediaWiki di bahagian berikutnya.
MariaDB/MySQL adalah pangkalan data yang disarankan. PostgreSQL dan SQLite mempunyai sokongan terhad dan tidak sepatutnya digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu. Jika anda tidak pasti pangkalan data yang ingin digunakan, gunakanlah MariaDB.
Selepas penyediaan pangkalan data selesai, teruskan dengan #Menjalankan skrip pemasangan di bawah.
SQLite
Tiada penyediaan tambahan diperlukan untuk SQLite jika modul pdo-sqlite
untuk PHP telah dipasang dalam sistem.
Pada halaman pemasangan SQLite, pilih nama pangkalan data (nama apa-apa sahaja) dan direktori pangkalan data SQLite. Untuk direktori pangkalan data, pemasang akan cuba untuk menggunakan subdirektori di luar akar dokumen (document root) dan menciptanya jika perlu. Jika direktori ini tidak selamat (sebagai contoh, web boleh dibaca), tukarkan secara manual bagi mengelakkan direktori ini boleh diakses oleh umum dalam web.
MariaDB/MySQL
Cipta pangkalan data MariaDB/MySQL dan nama pengguna pangkalan data.
- Gunakan perisian panel kawalan yang ditawarkan oleh perkhidmatan pengehosan anda (contoh: PhpMyAdmin)
- Gunakan ssh untuk log masuk dalam hos anda dan taipkan garis perintah di bawah pada prom MySQL. Lihat dokumen berkaitan dari penyedia pengehosan anda. Sebagai alternatif, hubungi penyedia pengehosan terlibat supaya mereka boleh mencipta akaun anda.
Garis perintah berikut akan mencipta pangkalan data dengan nama my_wiki
, nama pengguna wikiuser
dan tetapan kawalan bagi pengguna tersebut untuk pangkalan data itu.
CREATE DATABASE my_wiki;
CREATE USER 'wikiuser'@'localhost' IDENTIFIED BY 'database_password';
GRANT ALL PRIVILEGES ON my_wiki.* TO 'wikiuser'@'localhost' WITH GRANT OPTION;
Hanya jika pangkalan data anda tidak dijalankan dalam pelayan yang sama dengan web anda, anda perlu memasukkan nama pelayan web tersebut (contoh berikut menggunakan mediawiki.example.com
):
GRANT ALL PRIVILEGES ON my_wiki.* TO 'wikiuser'@'mediawiki.example.com' IDENTIFIED BY 'database_password';
PostgreSQL
Jika anda menggunakan PostgreSQL, anda perlu memastikan pangkalan data dan pengguna telah dicipta terlebih dahulu, atau letakkan nama pengguna PostgreSQL dengan kawalan berjenis "superuser" dalam paparan penetapan.
Selalunya, nama pengguna pangkalan data ditetapkan sebagai postgres
.
Sebagai pengguna "postgres", arahan berikut pada garis perintah Linux, akan mencipta nama pengguna pangkalan data wikiuser
, dan nama pangkalan data my_wiki
yang dimiliki oleh pengguna wikiuser
.
createuser -S -D -R -P -E wikiuser (kemudian masukkan kata laluan) createdb -O wikiuser my_wiki
atau menggunakan nama pengguna dengan kawalan superuser (pada asalnya "postgres"), jalankan perintah berikut pada prom pangkalan data:
CREATE USER wikiuser WITH NOCREATEDB NOCREATEROLE NOSUPERUSER ENCRYPTED PASSWORD 'database_password';
CREATE DATABASE my_wiki WITH OWNER wikiuser;
Sila ambil maklum akan senarai isu yang diketahui apabila menjalankan MediaWiki dengan PostgreSQL.
Menjalankan skrip pemasangan
Seterusnya, selesaikan pemasangan MediaWiki anda dengan mengakses URL MediaWiki yang telah dipasang menggunakan pelayar web: Ikuti arahan dalam Manual:Skrip tetapan .
Konfigurasi lanjut
- Manual:System administration#Configuration - Konfigurasi tambahan
- Manual:Administrators - Pentadbiran wiki
Ikuti perkembangan terkini!
Seusai pemasangan, pastikan anda mengikuti perkembangan terkini mengenai keluaran, dan pastikan pelayan anda sentiasa selamat!
Apendiks
Pemasangan alternatif selain kaedah manual
Pemasangan secara manual selalunya disarankan kerana ia memberikan pengguna lebih kawalan dan tinjauan kepada bagaimana wiki mereka akan dipasang, memudahkan pembaikan dan penyelenggaraan. Proses yang diautomatik, pakej, aplikasi longgokkan dan servis biasanya datang dengan sifat berlainan tersendiri.
Selain daripada memasang MediaWiki secara manual, kaedah alternatif berikut mungkin lebih mudah:
- perkakasan perisian pra intergrasi
- perkhidmatan pengehosan dengan pemasangan secara satu klik, atau ladang wiki
- software bundles
- Perkhidmatan pengehosan yang menyediakan pemasangan automatik aplikasi seperti MediaWiki mungkin menawarkan versi terdahulu atau isu lain. Jika anda mengalami masalah, ianya bukanlah bermakna anda tidak boleh memasang MediaWiki. Ia bermakna anda perlu memasang MediaWiki secara manual.
Lihat juga comparison of distribution options .
Arahan untuk sistem spesifik
Laman yang disenaraikan pada Manual:OS specific help memberikan arahan lebih terperinci ditujukan kepada sistem yang lebih spesifik.
Walau bagaimanapun, kebanyakkan dokumen per sistem ini jarang diselenggara dan mungkin bukan selalunya dikemaskini. Rujuk laman Memasang MediaWiki (laman ini) terlebih dahulu sebelum mencari dokumen berkaitan dengan sistem yang spesifik.
Menjalankan beberapa wiki
Rujuk kepada Manual:FAQ#Pemasangan dan penetapan.
Mengimport pangkalan data wiki sedia ada
Rujuk kepada Manual:FAQ#Pemasangan dan penetapan.